Header Ads

  • Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29. Perhatian calon-calon peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 pada 15 Ogos nanti, berikut dikongsikan beberapa contoh soalan sebagai rujukan anda untuk menduduki peperiksaan nanti.

    Penolong Pegawai Tadbir N29

    Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29


    Untuk makluman, format peperiksaan terbahagi kepada dua (2) seksyen utama iaitu:
    • Seksyen A – Pengetahuan Am
    • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
    Peperiksaan akan bermula pada jam 8.00 malam sehingga jam 9.40 malam.

    Sekiranya anda belum pasti sama ada dipanggil atau tidak, sila buat semakan di portal rasmi SPA atau klik di sini.

    Maklumat Jawatan Penolong Pegawai Tadbir

    Penolong Pegawai Tadbir bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.
    Gaji yang ditawarkan bermula dari RM1,493 sehingga gaji maksimum RM5,672.
    Kenaikan gaji tahunan adalah RM145 setahun.

    Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

    Berikut dikongsikan antara contoh soalan setiap seksyen bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29.

    Seksyen A – Pengetahuan Am

    Seksyen ini menguji tahap kepekaan calon terhadap sesuatu isu yang berlaku di Malaysia khususnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

    Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

    Seksyen ini mengandungi tiga pecahan utama. Tujuan seksyen ini bagi mengukur daya menyelesaikan masalah calon.
    i) Kemahiran Menggunakan Logik: Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

    ii) Kemahiran Menginterpretasi Data: Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

    iii) Kemahiran Matematik: Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

    Ebook Rujukan Pantas Peperiksaan 15 Ogos

    Khas buat calon-calon peperiksaan online 15 Ogos nanti, kami menerima banyak emel memohon agar dibuka semula link download ebook rujukan peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 seperti di bawah:



    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ebook tersebut, sila isi borang di bawah. Kami akan emelkan link download selepas ebook siap dikemaskini khas untuk peperiksaan 15 Ogos nanti.

    Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

    No comments

    Post Top Ad