Header Ads

  • Permohonan eg tukar bukan guru online





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Permohonan pertukaran eg tukar bukan guru online secara online. Pengurusan Pertukaran Kakitangan Bukan Guru. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima permohonan pertukaran daripada kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia. 

    Permohonan eg tukar bukan guru online

    Permohonan eg tukar bukan guru online


    Permohonan yang dikemukakan perlu berdasarkan kepada asas-asas seperti berikut:-

    a. Mengikut pasangan bertukar
    b. Mencari pengalaman baru
    c. Masalah peribadi (cth: jauh daripada tempat tinggal / tidak sesuai dengan persekitaran tempat kerja / ancaman keselamatan dan lain-lain sebab munasabah)

    Permohonan atas talian ini merupakan satu lagi inovasi Kementerian dalam mempercepatkan proses permohonan pertukaran disamping dapat meningkatkan penggunaan ICT di dalam urusan perkhidmatan. Sistem ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga pengurus sumber manusia di peringkat Kementerian/Bahagian/Jabatan/Institusi dan sekolah.

    Proses permohonan pertukaran melibatkan 3 peringkat yang melibatkan pemohon, ketua jabatan, bahagian / jabatan dan pihak Kementerian. Berikut adalah anggaran tempoh masa yang terlibat di dalam proses permohonan atas talian berkenaan:-

    PeringkatAktivitiTempoh Masa
    1Permohonan Atas Talian oleh Pemohon30 hari (4 minggu)
    2Kelulusan di peringkat Pengesah I dan II30 hari (4 minggu)
    3Pemprosesan kelulusan permohonan diperingkat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia14 hari (2 minggu)
    4Makluman keputusan permohonan pertukaran kepada pemohon7 hari (1 minggu)


    CARA & TEMPOH PERMOHONAN :

    Permohonan dibuka dari 1 - 30 April 2018 dan boleh dibuat di: http://apps.moe.gov.my/etukar/

    No comments

    Post Top Ad