Header Ads

  • Check Saman Online: Cara Semak Saman JPJ, Polis Trafik & AES





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Check Saman Online: Cara Semak Saman JPJ, Polis Trafik & AES. Jawapannya boleh! Berikut dikongsikan panduan cara semak saman JPJ, Polis Trafik (PDRM) atau AES secara online dan SMS.

    Check Saman Online

    Check Saman Online: Cara Semak Saman JPJ, Polis Trafik & AES


    Bukan sekadar check saman, anda juga kini boleh membuat pembayaran saman secara online sahaja. Tak perlu lagi bersesak beratur panjang-panjang di kaunter saman semata-mata untuk bayar 1-2 saman.

    DISKAUN BAYARAN SAMAN

    Sebelum itu untuk makluman, PDRM sebelum ini ada menyediakan diskaun bayaran saman sehingga 50% sempena Hari Polis.

    JPJ pula menyediakan potongan diskaun sehingga 70% sempena ulang tahun JPJ ke-72.

    Namun lima kesalahan berikut tidak layak mendapat diskaun, iaitu:

    Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)
    Saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
    Saman Berat Dengan Muatan (BDM)
    Saman Mahkamah
    Saman membabitkan warga asing
    Anda boleh terus ke cawangan PDRM / JPJ berhampiran untuk bertanyakan maklumat lanjut tentang diskaun saman tersebut.

    CARA SEMAK SAMAN ONLINE

    Ada tiga cara macam mana nak check saman online.

    1 — SEMAK SAMAN MYEG

    Antara servis yang ditawarkan MyEG termasuklah semak saman JPJ, Polis, AES dan servis memperbaharui insurans kenderaan.

    Untuk check saman, caranya:

    Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
    Kemudian login menggunakan butiran yang telah didaftarkan sebelum ini (jika belum daftar sebagai pengguna sila daftar dahulu)
    Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada nak semak saman PDRM / JPJ / AES
    Kemudian paparan saman akan dikeluarkan
    Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online
    Selain saman, antara servis lain yang ditawarkan MyEG termasuklah servis memperbaharui insurans kenderaan dan pembayaran zakat.

    2 — CHECK SAMAN JPJ & AES

    Anda boleh check kesemua saman JPJ termasuk AES di portal rasmi JPJ. Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan nombor kenderaan sahaja. Tidak perlu daftar sebagai pengguna portal.

    Caranya:

    Layari portal Semakan Saman JPJ (klik sini)
    Kemudian pilih sama ada ingin memasukkan nombor ID sahaja atau nombor ID dan nombor kenderaan
    Klik butang Semak
    Sistem akan memaparkan laporan saman sekiranya anda mempunyai saman JPJ / AES
    Baca: Senarai Penuh Lokasi AES Seluruh Malaysia

    Berikut adalah penerangan saman JPJ / AES:

    JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.
    AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
    check saman jpj

    Selain itu, anda juga boleh semak nombor plat terkini di portal JPJ.

    3 — SEMAK SAMAN RILEK

    Satu lagi portal yang memudahkan anda check saman online adalah portal RILEK.

    RILEK juga banyak menyediakan diskaun saman. Terbaru mereka menyediakan potongan diskaun sebanyak 10% untuk pembayaran saman PDRM melalui RILEK.

    Anda juga boleh semak status insolvensi dan saman DBKL di RILEK. Caranya:

    Layari portal RILEK di https://www.rilek.com.my/
    Sila daftar sebagai pengguna
    Kemudian login menggunakan username & password yang telah didaftarkan
    Kemudian klik pada menu “Search By” dan pilih semak saman JPJ / Polis
    Isi maklumat yang diminta dan klik butang Semak
    RILEK menyediakan pembayaran secara online melalui perbankan Internet termasuk M2U, CIMB Clicks, Public Bank dan sebagainya.

    4 — SSO PDRM

    PDRM turut menyediakan satu portal khas bagi memudahkan semakan saman. Melalui sistem Sistem Semakan Online (SSO) ini, anda boleh menyemak status saman dan status pengambilan jawatan kosong PDRM terkini.

    Layari https://sso.rmp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

    SEMAKAN SAMAN SMS

    Selain semakan saman online, anda juga boleh semak melalui SMS. Caranya:

    Check Saman Polis SMS

    Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
    Hantar ke 15888
    Contoh: POLIS SAMAN AKU8055
    Atau

    Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
    Hantar ke 15888
    Contoh: POLIS SAMAN 860511057812
    Semak Saman JPJ SMS

    Taip JPJ Saman<jarak>No. KP
    Hantar ke 15888
    Contoh: JPJ Saman 860511057812
    Atau

    Taip JPJ Saman<jarak>No. Kenderaan
    Hantar ke 15888
    Contoh: JPJ Saman AKU8055
    RAYUAN DISKAUN SAMAN
    Saya ada banyak saman yang jumlahnya ribuan ringgit. Boleh ke saya buat rayuan saman untuk kurangkan amaun yang perlu dibayar?

    Sebelum ini jawapannya boleh. Namun sejak 22 Februari lepas, pihak Polis memaklumkan tiada rayuan diterima sehingga dimaklumkan.

    Jadi opsyen terakhir anda untuk kurangkan bayaran saman adalah bayar melalui portal yang menyediakan diskaun sehingga 10% seperti portal RILEK.

    Berikut adalah langkah-langkah rayuan diskaun saman PDRM sebelum ini:

    Semak saman untuk mengetahui berapa banyak saman dan berapa jumlahnya secara total
    Kemudian SAMANCOPS akan membuat semakan kompaun dan memaklumkan berapa diskaun yang layak diterima
    Jika bersetuju dengan amaun yang diberitahu anda boleh terus kepada pembayaran
    Clearance saman anda akan dibuat dalam masa 24 jam selepas pembayaran
    rayuan diskaun saman

    Antara rayuan saman yang diterima adalah:

    Saman BLACKLISTED
    Saman WARAN
    Saman SPEEDING
    Saman NO-PARKING
    Saman KEMALANGAN
    Semua saman yang dikeluarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia termasuk Trafik, MPV atau GD
    Semoga perkongsian ini dapat meringankan beban anda menyelesaikan hutang saman yang wajib dibayar. Sekiranya bermanfaat, sila kongsikan di Facebook atau WhatsApp.

    Check Saman Online: Cara Semak Saman JPJ, Polis Trafik & AES

    No comments

    Post Top Ad