eGUMIS: Panduan Semakan Wang Tak Dituntut Online (Kemaskini 2018)
eGUMIS: Panduan Semakan Wang Tak Dituntut Online (Kemaskini 2018). eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System akan dilancarkan bagi mempercepatkan proses semakan wang tak dituntut online. Berikut adalah garis panduan permohonan tuntutan WTD 2018. Nak semak wang tak dituntut online? Layari portal rasmi eGUMIS di http://egumis.anm.gov.my/.
Sistem tersebut boleh diakses terus di portal rasmi Jabatan Akauantan Negara Malaysia (JANM) bermula suku kedua tahun 2018.
Dalam satu sidang media, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata terdapat 52,015 permohonan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut telah dibuat pada tahun ini dengan 34,353 permohonan dari sekitar Kuala Lumpur sahaja.
Terkini: Semak Status Bantuan Sara Hidup 2018
SEMAKAN WTD ONLINE
“Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan turut menyertai Pusat Transformasi Komuniti Mudah Alih anjuran Kementerian Kewangan bagi membolehkan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar mengakses dan menyemak status wang tidak dituntut,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari tentang langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewujudan wang tak dituntut.
Mengikut laporan, sehingga 31 Oktober 2017 jumlah wang yang tidak dituntut adalah RM5.96 bilion dengan 70 peratus daripadanya disumbangkan oleh urusan perbankan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap yang tidak aktif selama lebih tujuh tahun.
Untuk makluman, terdapat 3 kategori WTD seperti yang diberitahu oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM).
1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
dividen;
keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
2. Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.
akaun simpanan;
akaun semasa;
Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
akaun pemiutang dagangan
akaun penghutang dagangan berbaki kredit
Semakan WTD online boleh dibuat di portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/.
Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD. Mulai tahun 2016, bayaran serahan WTD adalah melalui Online Banking.
Perlu diingatkan Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut. Jadi pastikan anda berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba memanipulasi WTD dengan mengenakan sebarang caj tambahan.
Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut
Sementara menunggu sistem WTD online eGUMIS aktif sepenuhnya, anda boleh membuat semakan online WTD di seluruh negara. Caranya seperti berikut:
Sila ke kaunter JANM pada waktu bekerja
Bawa bersama beberapa dokumen penting seperti MyKAD termasuk salinan sijil kematian sekiranya ingin menyemak bagi si mati
Serahkan dokumen di kaunter JANM untuk pendaftaran
Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan WTD
Status WTD akan diketahui dalam beberapa minit sahaja tanpa eGUMIS
Pegawai berkenanan akan menyenaraikan segala wang yang boleh dituntut beserta cara membuat tuntutan
Sama seperti eGUMIS semakan ini 100% percuma
CARA MEMBUAT TUNTUTAN WTD EGUMIS
Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon Wang Tak Dituntut dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.
Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.
Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.
Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan (Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD).
Jabatan Akauntan Negara juga menyediakan perkhidmatan ePenyata Gaji bagi memudahkan urusan semakan slip gaji online.
SENARAI SEMAK DOKUMEN DIPERLUKAN EGUMIS
Bagi membuat permohonan tuntutan WTD, ada beberapa dokumen perlu dibawa bersama antaranya:
Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)/pasport pemohon bagi bukan warganegara.
Dokumen asal (Contoh: buku bank/sijil simpanan tetap dan lain-lain).
Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD hendaklah disertakan jika dokumen asal tiada.
Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)
Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi pejabat pendaftar WTD di alamat berikut:
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel: 03-2056 8000
Faks : 03-2072 5707 /2026 7430
Tanggungjawab Pendaftar WTD
Pemegang amanah terhadap WTD yang diterima.
Membayar balik WTD kepada empunya WTD sekiranya terdapat permohonan tuntutan.
Memeriksa rekod syarikat atau firma bagi memastikan kepatuhan peruntukan Akta.
Mencadangkan kompaun dan hukuman denda terhadap syarikat atau firma yang gagal mematuhi peruntukan Akta.
Makluman Serahan WTD Bagi Tahun 2017
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Pendaftar WTD sedang dalam usaha pembangunan sistem baru yang membolehkan syarikat/firma membuat serahan WTD secara atas talian (online).
Walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa sistem baru eGUMIS masih dalam peringkat pembangunan dan oleh demikian prosedur sedia ada bagi serahan WTD (bagi tahun berakhir 31 Disember 2016) adalah dikekalkan.
Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak syarikat/firma untuk mematuhi tarikh akhir penyerahan dokumen WTD iaitu selewat-lewatnya 31 Mac 2Q17. Pihak syarikat/firma perlu memastikan serahan WTD kepada Pendaftar adalah lengkap dengan perkara berikut:
Bukti bayaran serahan kepada Pendaftar iaitu Resit Online Banking;
Dua (2) salinan asal Serahan Wang Tak Dituntut – Borang UMA4 (Pin. 1/2016);
Tiga (3) salinan asal Daftar Wang Tak Dituntut – Borang UMA3 (Pin. 1/2002);
Satu (1) salinan softcopy (cd) Daftar Wang Tak Dituntut UMA3
Pihak Pendaftar WTD akan membuat hebahan mengenai pelaksanaan sistem baru kaiak melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (www.anm.gov.mv) dan akan memastikan syarikat/firma diberi masa yang mencukupi untuk membuat apa-apa pengubahsuaian sistem bagi memenuhi keperluan sistem serahan WTD secara talian (online) nanti.
Proses Serahan WTD
Berikut adalah proses serahan daftar wang tak dituntut bagi tahun berakhir 31 Disember 2016.
proses serahan wtd
Seksyen 10 Akta Wang Tak Dituntut 1965, syarikat/firma bertanggungjawab untuk perkara berikut:
Menyelengggara dan menyimpan satu daftar bagi wang yang tidak dituntut sehingga 31 Disember mengikut format yang ditetapkan oleh Pendaftar WTD.
Menyerahkan wang beserta dengan daftar wang tak dituntut tidak lewat dari 31 Mac tahun berikutnya.
Mengemukakan daftar wang tak dituntut bagi tujuan pewartaan.
Mulai tahun 2016, bayaran serahan WTD adalah melalui Online Banking. Untuk maklumat lanjut anda boleh baca dengan lebih terperinci termasuk muat turun borang penting WTD di web rasmi JANM di anm.gov.my.

3 KATEGORI WANG TIDAK DITUNTUT

No comments