Header Ads

  • E-TUKAR Guru KPM Kementerian Pendidikan Malaysia





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    EGTUKAR Guru KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

    E-TUKAR Guru merupakan satu lagi modul pengurusan guru yang ada di dalam sistem pengurusan sekolah di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia. EGTUKAR KPM ini juga adalah sangat berkait rapat dengan sistem eoperasi kerana ianya dibawah modul pengurusan guru yang sama.

    Login E-TUKAR GURU

    Login EgTukar Guru

    Klik untuk LOG IN ke EGTUKAR GURU
    Untuk login ke sistem egtukar guru diatas, anda hanya klik pada tulisan yang dibesarkan itu. Kemudian anda boleh terus login melalui ID dan Kata Laluan anda masing-masing. Bagi guru yang pertama kali mengisi egtukar, anda diwajibkan untuk mendaftar dahulu di link dibawah.
    • Login Egtukar Guru Pertama Kali
    • Isikan Nama, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Gaji, ID Pengguna, Kata Laluan, Pengesahan Kata Laluan, Emel, Tarikh Lahir dan akhir sekali ialah Soalan Keselamatan.
    • Klik simpan dan anda sudah siap untuk mendaftar egtukar dan terus boleh mengisi borang egtukar anda.

    Update Semasa 19/4/2017 Mengenai Keputusan EGTUKAR 2017

    Berikut admin kongsikan rangka kerja pertukaran antara negeri bagi tahun ini. Seperti yang kita tahu, pengisian egtukar guru kali ini hanya sekali sahaja dipohon. Maka berikut adalah tarikh-tarikh penting yang akan berlaku dalam sistem kementerian.
    Untuk masa terdekat ini, kemungkinan besar kalau mengikut jadual maka keputusan kelulusan pertukaran guru akan diketahui pada 22 Mei 2017.




    rangka kerja pertukaran antara negeri
    rangka kerja pertukaran antara negeri
    rangka kerja pertukaran antara negeri
    rangka kerja pertukaran antara negeri

    Pertanyaan & Masalah Permohonan EGTUKAR Guru di Bawah Kendalian KPM

    Apakah Kriteria Pemilihan Guru yang Melayakkan Mereka untuk Mendapat Kelulusan Bertukar ke Negeri yang di Pohon?

    Untuk pengetahuan semua guru, terdapat 3 kriterian utama yang menjadi ukuran kepada algorithm atau lebih tepat pertimbangan bagi memutuskan sama ada guru tersebut lulus bertukar atau tidak. 3 Kriteria Utama tersebut ialah:
    • Kepentingan perkhidmatan
    • Kekosongan jawatan
    • Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
    Disebabkan kriteria ini, pihak KPM telah membantu menyediakan sistem “trafic light” iaitu lampu yang menyatakan sama ada sesuatu negeri itu memiliki kekosongan jawatan atau tidak. Ia juga diselaraskan dengan jenis opsyen guru.

    Bagaimana Statistik Pertukaran Guru bagi Egtukar 2017 Kali ini?

    Mari kita lihat pula statistik permohonan keluar masuk guru bagi sesi 2017. Bagi guru sekolah rendah adalah seperti berikut.
    NEGERIMOHON MASUKMOHON KELUAR
    JOHOR
    404
    1900
    KEDAH
    1935
    145
    KELANTAN
    2165
    57
    MELAKA
    497
    189
    NEGERI SEMBILAN
    453
    401
    PAHANG
    757
    756
    PULAU PINANG
    637
    461
    PERAK
    1012
    818
    PERLIS
    270
    31
    SELANGOR
    1086
    2120
    TERENGGANU
    1521
    135
    SABAH
    293
    1042
    SARAWAK
    338
    2574
    KUALA LUMPUR
    237
    991
    LABUAN
    20
    82
    PUTRAJAYA
    130
    64
    B. PI
    6
    131
    B. PEND KHAS
    5
    79
    Statistik pertukaran guru bagi egtukar guru sekolah menengah sesi 2017 pula adalah seperti berikut.
    NEGERIMOHON MASUKMOHON KELUAR
    JOHOR
    204
    1628
    KEDAH
    850
    162
    KELANTAN
    1965
    37
    MELAKA
    237
    134
    NEGERI SEMBILAN
    288
    343
    PAHANG
    579
    683
    PULAU PINANG
    237
    451
    PERAK
    697
    585
    PERLIS
    135
    32
    SELANGOR
    991
    1031
    TERENGGANU
    1489
    137
    SABAH
    77
    941
    SARAWAK
    53
    1402
    KUALA LUMPUR
    159
    1052
    LABUAN
    20
    61
    PUTRAJAYA
    126
    25
    BPTV
    352
    243
    BPI
    257
    372
    BPSBP & SK
    65
    333
    BK & K
    6
    13
    B. SUKAN
    13
    17
    B. PEND. KHAS
    15
    30
    Secara kesimpulannya, admin melihat bahawa negeri Kelantan masih lagi mencatatkan jumlah permohonan masuk yang paling tinggi bagi kedua-dua jenis sekolah rendah dan menengah. Manakala negeri Sarawak pula mencatatkan permohonan keluar paling tinggi.

    Apakah Jenis Guru yang Boleh Memohon Pertukaran Melalui Modul EGTUKAR?

    Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) sahaja. Manakala pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut Pentadbir secara hakiki dan Guru Cemerlang hendaklah mengisi borang permohonan secara manual. Borang itu perlu dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.

    Mengapa Saya Gagal Dalam Permohonan EGTUKAR KPM?

    Isu kegagalan pertukaran ini sebenarnya telah banyak kali kita dengar. Terutama luahan hati para guru di media sosial. Sebenarnya, punca utama guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut :
    • Kepentingan perkhidmatan
    • Kekosongan jawatan
    • Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
    Jadi, jika anda gagal dalam egtukar sebelum ini, cuba anda imbas kembali adakah anda mempunyai masalah tidak memenuhi 3 kriteria utama ini? Selain itu, guru semua perlu tahu bahawa kelulusan pertukaran tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri yang dimohon.

    Sebenarnya, Bilakah Keputusan EGTUKAR akan di Umumkan?

    Banyak khabar angin yang bertiup kencang terutama di dalam media sosial. Jadi sekali lagi di ingatkan kepada semua guru, tarikh keputusan permohonan pertukaran egtukar guru akan dimaklumkan secara atas talian di dalam website egtukar yang rasmi.

    Apakah Alasan yang akan di Pertimbangkan oleh KPM untuk Meluluskan Pertukaran Guru?

    Kelulusan pertukaran adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di negeri yang dimohon. Walau bagaimanapun, semua alasan yang dikemukakan mempunyai merit/wajaran dan diambil kira dalam pertimbangan kelulusan pertukaran.

    Mengapa Pertukaran Suka Sama Suka Tidak Boleh dilaksanakan?

    Secara asasnya, meang tiada istilah “pertukaran guru suka sama suka” di dalam egtukar atau pertukaran guru secara amnya. Hal ini kerana Kelulusan pertukaran mengambil kira bilangan keseluruhan permohonan ke daerah/sekolah tersebut berdasarkan kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen daerah/ sekolah yang dimohon.

    Adakah Permohonan EGTUKAR Tidak Akan diluluskan Secara Automatik Jika Guru Besar/ Pengetua Tidak Menyokong Permohonan Tersebut?

    Permohonan pertukaran yang tidak disokong oleh pengetua/guru besar masih boleh dipertimbangkan berdasarkan kepentingan perkhidmatan.

    Adakah Boleh Membatalkan Kelulusan Pertukaran yang Berjaya atau Tidak Melaporkan Diri di Sekolah Baru?

    Kelulusan pertukaran adalah muktamad. Guru tidak boleh membatalkan kelulusan tersebut dan perlu segera melapor diri bertugas di sekolah baharu yang telah ditempatkan. Guru boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan pertukaran.
    Seseorang guru atau penjawat awam yang tidak melapor diri boleh diambil tindakan berdasarkan Peraturan 4(2)(i): ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, selaras dengan arahan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat Bil. KPM. INTEGRITI(S)600-12/16 (12) bertarikh 11 Februari 2015 berkaitan dengan ketidakpatuhan pegawai terhadap arahan penempatan/pertukaran tempat bertugas.
    Tetapi, anda boleh membuat penangguhan memulakan tugas di tempat baru. Guru yang ingin memohon penangguhan mula bertugas perlu melapor diri kepada Pengetua/Guru Besar sekolah baharu terlebih dahulu dan seterusnya membuat permohonan penangguhan kepada Pengetua/Guru Besar sekolah baharu. Pengetua/Guru Besar sekolah baharu boleh memberi pertimbangan ke atas permohonan penangguhan guru tidak lebih daripada empat belas (14) hari dari tarikh kuatkuasa arahan pertukaran.
    Selain itu, jika para guru mempunyai sebarang kemusykilan lain boleh download FAQ EGTUKAR ini.
    • FAQ EGTUKAR GURU

    Pengalaman Membuat Permohonan Egtukar Pertukaran antara Negeri

    Setiap guru mungkin ada pengalaman sendiri sama ada pengalaman memohon dan lulus atau memohon pertukaran dan gagal.  Admin sendiri sudah rasainya dan setiap yang berlaku ada pahit manis tersendiri.
    Pengalaman pertama admin ialah ketika admin memohon pertukaran antara negeri iaitu dari Kapit Sarawak dan ingin memohon ke Pahang. Kalau ditanya kenapa Pahang? Maka jawapannya mudah, admin sekadar mengikut “kononnya teori” kawan yang menyatakan kalau ingin balik semenanjung maka pilihlah negeri Pahang kerana banyak kekosongan yang ada terutama guru bahasa inggeris.
    Jadi dengan teori itu dan sambil bersahaja maka adminpun isilah permohonan pertukaran itu tanpa banyak berfikir. Kalau nak tahu, tarikh pengumuman keputusanpun admin tak ambil tahu yang pasti apabila keputusan diumumkan barulah admin tahu. Itupun melalui group whatsapp yang menyatakan ada kawan admin berjaya dapat pindah.
    Selepas login ke website egtukar, alhamdulillah admin sangat teruja kerana inilah kali pertama admin isi egtukar(rasanyalah) dan terus dapat kelulusan. Jadi, tibalah proses menunggu surat pula. Memang ambil masa namun biasalah semuanya kita letak tepi sebab kita dah tahu yang kita dapat tukar walaupun dalam hati agak berdebar takut jika ada sesuatu berlaku menyebabkan pertukaran dibatalkan.
    Selepas surat sampai, maka bermulalah proses buat surat serah tugas dan mengemas.
    Jadi sampailah sehari sebelum balik semenanjung, tiba-tiba isteri admin sakit perut. Ketika itu dia sedang mengandung 3 bulan. Selepas pergi ke hospital kapit, doktor sahkan isteri admin telah keguguran.
    Dalam kesukaran itu, admin dilema kerana isteri mahu balik semenanjung segera dan mahu “selesaikan” urusan hospital di Putrajaya. Lebih sukar apabila keadaan makin parah bila darah mula keluar. Malam terakhir di Kapit adalah malam paling menyedihkan. Kegembiraan dapat bertukar akhirnya menjadi kisah sedih. Mujur ada rakan guru yang membantu. Pagi esoknya ada yang membawa kami ke wharf Kapit menaiki kereta dan semasa dalam “bot ekspress” perjalanan 3-4jam terasa sangat lama dan memeritkan.
    Dengan darah, sakit dan air mata akhirnya sampai juga ke Sibu. Bayangkan admin terpaksa membawa isteri yang sakit dan barang-barang yang banyak. Semuanya dengan kudrat dan berseorangan.
    Sampai di airport Sibu, admin minta dengan pramugari atau pegawai bertugas untuk masuk awal kerana emergency. Alhamdulillah mereka sangat membantu dan perjalanan 2jam di dalam kapal terbang sangat menyeksakan kerana isteri perlu menahan sakit.
    Alhamdulillah sampai ke Putrajaya semuanya selesai dengan baik. Isteri selamat dan berpantang di sana sebelum balik kampung di Terengganu.
    Jodoh kami rezeki kami kini isteri sedang bekerja di Jerteh dan admin berada di Pahang. Sudah beberapa kali memohon pertukaran untuk balik ke Terengganu namun masih belum lulus. Insyaallah harapnya admin juga dapat lulus pertukaran tidak lama lagi.
    1. Terima kasih kerana membaca. Pesan admin cuma satu. Setiap berlaku ada hikmah, tidak kira sama ada lulus atau gagal. Percayalah.

    No comments

    Post Top Ad