Header Ads

  • Muat Turun Borang BE Cukai Pendapatan untuk Tahun Taksiran 2017





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Muat Turun Borang BE Cukai Pendapatan untuk Tahun Taksiran 2017. Sesetengah pembayar cukai mungkin perlu mengisi Borang BE yang kosong sebelum mengisi Borang BE secara online. Langkah ini dapat memastikan pembayar cukai dapat membuat e-Filing dengan tepat dan sempurna. Tarikh akhir pengemukaan borang dan bayaran baki cukai kena dibayar untuk Tahun Taksiran 2017 adalah pada 30 April 2018 (Isnin). Penggunaan e-Filing (e-BE) adalah digalakkan. Sila layari https://ez.hasil.gov.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hasil Care Line 1-800-88-5436 (Talian Bebas Tol Lembaga Hasil Dalam Negeri).

    Muat Turun Borang BE Cukai Pendapatan

    Muat Turun Borang BE Cukai Pendapatan untuk Tahun Taksiran 2017

    Penyata Bayaran Insentif Berbentuk Wang Tunai Dan Bukan Wang Tunai Kepada Ejen, Pengedar Atau Pengagih Tertakluk Kepada Seksyen 83A Akta Cukai Pendapatan 1967. Borang CP58 (Format pdf) Borang CP58 (Format Excel). Borang ini boleh dimuat turun dan diguna pakai (dalam format pdf dan Excel).
    Sila Klik :

    Adakah saya layak dikenakan cukai

    Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
    Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
    Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
    Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
    Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

    Apakah yang patut saya lakukan jika saya layak dikenakan cukai

    Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.
    Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :
    • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
    • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
    • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
    Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.

    Tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan

    Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk individu yang bermastautin dan tidak mempunyai pendapatan perniagaan iaitu Borang BE akan dikeluarkan dan diposkan kepada semua pembayar cukai pada setiap tahun melalui proses Pengeluaran Am.
    Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dinyatakan di atas, borang tersebut boleh diperolehi dari :
    • Cawangan LHDNM yang berdekatan, atau
    • Jabatan Pemprosesan Maklumat, Bandar Baru Bangi, Selangor, atau
    • Muat turun dari laman web LHDNM. Walau bagaimanapun, mulai Tahun Taksiran 2010, pembayar cukai adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dimuatturun dari laman web untuk tujuan pengemukaan. Borang Nyata Cukai Pendapatan dalam bentuk PDF adalah untuk tujuan rujukan sahaja.
    Salinan fotostat Borang Nyata Cukai Pendapatan tidak diterima untuk pengemukaan.
    Anda adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan e-Filing jika tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan. Sila hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1-800-88-5436 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan e-Filing.

    Pengenaan Cukai Pendapatan Untuk Warganegara Asing

    Jika anda seorang warganegara asing yang bertugas di negara ini, anda perlu memberitahu Cawangan Tidak Bermastautin atau cawangan LHDNM yang berhampiran dalam jangkamasa 2 bulan dari tarikh ketibaan anda di Malaysia.

    Apa itu Skop Pengenaan Cukai

    Pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Skop penggenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinannya.
    Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Dengan itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja.

    Pelepasan Cukai Individu Pemastautin Tahun 2017

    Bil.
    Jenis Potongan Individu
    Amaun (RM)
    1
    Individu dan saudara tanggungan
    9,000
    2
    Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)
    ATAU
    Ibu dan Bapa
    Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
    Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
    5,000 (Terhad)

    ATAU
    3,000 (Terhad)
    3
    Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya)
    6,000 (Terhad)
    4
    Individu Kurang Upaya
    6,000
    5
    Yuran Pendidikan (Sendiri) :
    (i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
    (ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian
    7,000 (Terhad)
    6
    Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)
    6,000 (Terhad)
    7
    Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak)
    500 (Terhad)
    8
    Gaya Hidup :
    (i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
    (ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
    (iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
    (iv) Bayaran langganan internet
    2,500
    (Terhad)
    9
    Pembelian peralatan penyusuan
    1,000 (Terhad)
    10
    Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah
    1,000 (Terhad)
    11
    Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017)
    6,000 (Terhad)
    12
    Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
    4,000 (Terhad)
    13
    Suami/Isteri kurang upaya
    3,500
    14
    Anak di bawah umur 18 tahun
    2,000
    15
    Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
    2,000
    16
    Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
    (i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
    (ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
    (iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

    8,000
    17
    Anak Kurang upaya
    6,000
    Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
    18
    Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
    6,000 (Terhad)
    19
    Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
    3,000 (Terhad)
    20
    Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji
    3,000 (Terhad)
    21
    Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

    No comments

    Post Top Ad