Header Ads

  • Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Januari 2018





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Januari 2018 - Seperti mana yang sedia maklum, ada 1 lagi sesi pertukaran iaitu sesi Jan 2018. Sebelum ini telah keluar keputusan untuk Jun dan Oktober, dan kini untuk Jan 2018 pula seperti ketetapan beriku:

    Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Januari 2018

    Tarikh Semakan Keputusan: 23 November 2017 (Antara Negeri)
    Masa: Mulai 6 Petang
    Manakala semakan penempatan pula pada: 30 Nov 2017
    Pertukaran antara daerah dan dalam daerah juga pada 30 Nov 2017
    Semua pertukaran ini akan berkuatkuasa pada 1 Jan 2018.
    Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya jangan berputus asa, terus mencuba lagi, atau membuat rayuan di peringkat atas.
    Semoga info semakan egtukar jan 2018 ini tidak membuatkan hati anda gelisah menunggu keputusan. Banyakkan berdoa dan berzikir serta bersedekah membantu orang yang memerlukan.

    Semakan egtukar boleh dibuat di laman web berikut:

    Pastikan anda memasukan id pengguna dan kata laluan yang betul.
    Id dan kata laluan biasanya sama dengan eoperasi, sekiranya terlupa boleh menggunakan Single Sign On (SSO) iaitu 1 Id untuk semua aplikasi KPM.
    Keputusan egtukar bagi sesi jan 2018 ini adalah yang terakhir untuk tahun 2017 ini. Mungkin sesi kali ini lebih ramai berbanding jun dan oktober.
    Antara faktor yang dilihat oleh KPM seperti:

    • Sakit kronik
    • Ancaman keselamatan
    • Duka lara
    • Tempoh berkhidmat
    • Permohonan bersama

    Kepada yang berjaya jangan lupa untuk buat Nota Serah Tugas kerana ia merupakan arahan kepada semua yang bertukar atas ditukarkan tempat berkhidmat.
    Keputusan adalah muktamad, sebarang pembatalan keputusan adalah tidak dibenarkan.

    No comments

    Post Top Ad